.
Ramai pakar motivasi yang boleh kita senaraikan mutakhir ini.. Ada yang bercakap tentang rumahtangga dan kekeluargaan, pembelajaran, tujuan hidup dan tidak kurang juga tentang meningkatkan taraf hidup , bebas dari sudut kewangan dan sebagainya. Kita sendiri sebenarnya faham dengan motivasi,.. Ada yang memanggilnya sebagai 'mood' ada juga yang menggelarkan sebagai 'feel' dan bermacam istilah lagi. Definisi Kmus DBP: 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan. 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat.
Tapi sedarkah kita .. Motivasi itu masih ada walau sekuat mana ujian dan cubaan yang kita lalui, malah kalau diuji dengan ujian yang paling hebat sekalipun kita masih bermotivasi.. Kenapa? Kerana kita masih ada waktu dan punya masa untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul.. Walau seorang yang terpaksa menanggung hukuman penjara seumur hidup sekalipun sebenarnya masih punya motivasi. Walau tidak lagi barangkali punya kesempatan untuk melihat keindahan alam yang terbentang luas, menghirup angin segar sepoi-sepoi bahasa di luar penjara, merasa keenakan pelbagai jenis makanan dan bermacam-macam lagi tapi dia masih punya nadi yang berdegup, lidah yang masih boleh menuturkan bicara, akal yang boleh memikir dan mencerna. Semuanya masih lagi berguna..Tidakkah itu satu motivasi??
Pernahkah kita terfikir bertuahnya tatkala kita masih berupaya bangun di awal pagi dan mencorakkan hari tersebut mengikut falsafah hidup, pandangan dan pendirian kita masing-masing..? Masih lagi berupaya menatap wajah tersayang? Masih lagi punya waktu untuk segala sesuatu..? Niat baik pun dah dapat ganjaran baik. Belum lagi dilaksanakan.. Apatah lagi jika diniatkan kerana mencari redhaNya. Ya.. Itulah sebenarnya motivasi.. Selagi kita hidup selagi itulah kita bermotivasi. Selagi ajal tidak menjemput kita selagi itu masih ada motivasi untuk kita mempergunakan masa yang sisa. Selagi malaikat maut belum menjenguk selagi itulah masih ada harapan.
Andainya mata sudah terpejam, nadi sudah berhenti, jasad kaku tidak bergerak lagi.. Masa tu kalau sebut nama Allah pun tak berguna lagi,.. Berzikir? Bertaubat? Menyesal? Kita tahu sendiri jawapannya bukan..?
Selagi hidup selagi itulah masih ada motivasi..
Bermotivasilah selagi termampu!