Friday, July 22, 2011

..Kecuali Apa Yang Kita Beri..

Satu hari yang penuh barakah.. saya bertemu lagi dengan dia. Sangat menyeronokkan. Bersama dengannya terasa cepat masa berlalu. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan nasihah. Seolah-olah berada didalam majlis ilmu bila ditemani oleh beliau. Benarlah kata bijaksana.. berkawan dan bergaullah dengan mereka yang berilmu, kerana ia mampu mengingatkan kita akan siapa diri kita, mana arah dan tujuan kita dan semuanya berbalik kepada Khaliq.. Masih terngiang-ngiang perbualan kami hari itu. Selain dari mengajarkan doa dan zikir, ada sahaja tips yang dikongsi untuk beramal selagi berusia.. Dan yang paling saya ingati adalah kata-kata beliau,..'Tiada satu pun milik kita disini.. semuanya hanya pinjaman.. hanya untuk sementara. Cuma satu milik kita... APA YANG KITA BERI SEIKHLAS HATI.. '. Benarlah kan..? Kalau ada rezeki lebih dan kita ikhlas berkongsi,.. maka bahagian yang dikongsi itulah sebenarnya milik kita. Kalau dicongak nyatalah tak sebanyak manapun yang kita pernah beri kan..? 
Ada makanan.. ajak saudara berdekatan makan bersama.
Ada masa, luangkan untuk kerja amal dijalanNya.
Ada wang, infak untuk tujuan menegakkan agamaNya.
Ada apa sahaja.. cepat-cepatlah beri atau kongsi seikhlas hati.. kerana itulah sebenarnya milik kita.. 
..Ya Allah..Ya Kareem.. Murahkanlah rezeki kami.. supaya kami dapat berkongsi, sedekah, menginfakkannya kepada mereka yang lebih memerlukan dan juga untuk kerja-kerja jihad dijalanMU..Ameen..

Jom kita berusaha untuk MEMBERI..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog